Sunday, April 25, 2010

PRK Hulu Selangor : Saya suka jumpa rakyat dari berdebat dengan pembangkang, kata Najib 0


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau lebih suka berjumpa rakyat daripada memikirkan mengenai cabaran berdebat dengan Ketua Pembangkang. Najib berkata, beliau tidak mengambil kisah mengenai cabaran tersebut kerana apa yang perlu diutamakan ketika ini adalah memberi masa depan yang terjamin untuk rakyat.
“Mana ada dalam perancangan nak berdebat dengan Anwar Ibrahim di Kuala Kubu Baru. Tak ada. Saya lebih suka kalau dapat jumpa dengan anda kerana lebih banyak faedah yang diperolehi daripada berjumpa dengannya.

Oleh itu kita jangan ambil kisah apa yang dilakukan pembangkang kerana mereka lebih mementingkan politik daripada memperjuangkan agenda rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis kenduri rakyat di Kampung Melayu Rasa di sini, hari ini.
Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Anggota Dewan Undangan Negri (ADUN) Batang Kali Mohd Isa Abu Kasim.
Beberapa kain rentang dipasang di sekitar pekan Kuala Kubu Baru (KKB) yang mendakwa Perdana Menteri akan menyertai debat perdana dengan Anwar di stadium mini KKB pukul 9 malam ini.
Najib berkata, perdebatan seperti itu jelas tidak akan menguntungkan mana-mana pihak malah rakyat juga tidak seharusnya dilibatkan dalam permainan serta helah politik pembangkang yang tiada kesudahan.
“Tidak ada gunanya saya menyertai debat yang tidak bertujuan dan belum pasti apa faedahnya. Kita ada gagasan, kita ada dasar, kita ada kemahuan yang telah pun dibuat. Saya akan teruskan pembaharuan ini,”katanya. — Bernama

[+/-] Read More...

Keputusan Pilihanraya Hulu Selangor P94: Pakatan Mendahului BN 0




Jika semalam Ilham Centre dalam kaji selidiknya mendakwa kemenangan akan memihak kepada Barisan Nasional, kajian sebuah lagi pertubuhan bebas menunjukkan pengundi Hulu Selangor mula mendekati Pakatan Rakyat.

Kajian Zentrum Future Studies Malaysia, mengenai Analisis Kajian Mikro Persepsi Kepercayaan Politik menunjukkan Pakatan Rakyat yang diwakili PKR berada di hadapan dengan sokongan 51.7 peratus berbanding 48.3 peratus yang diperolehi Barisan Nasional.

Perbezaan tipis 3.4 peratus itu masih membimbangkan kedua-dua Pakatan dan BN apabila menuju penghujung kempen yang mungkin akan pengaruhi bagaimana pengundi membuat keputusan esok.

Keputusan kajian yang diperolehi sebelum tengah malam semalam menunjukkan BN memperolehi 51.4 peratus sokongan manakala Pakatan pula mendapat sokongan 48.6 peratus pengundi.

Ia akan menjadi menarik bagaimana keputusan malam terakhir hari ini sebelum pembuangan undi samada dapat memberi gambaran jelas siapa mendahului.

Zentrum yang diketuai pengasas dan presidennya Abu Hassan Hasbullah, dari Universiti Malaya mengumpulkan data secara harian kerana ia merasakan perubahan tertentu boleh mempengaruhi sentimen pengundi.

Menurutnya sokongan kecil memihak kepada Pakatan atas alasan komunikasi dan peranan media baru, di samping kain rentang, poster dan ceramah yang kini dikatan memberi kesan.

Zentrum berharap kajian ini boleh dijadikan rujukan untuk menentukan corak pengundian pada masa depan.

Pemuda sokong Pakatan

Kajian Zentrum menunjukkan 61 peratus masyarakat Melayu memilih BN manakala sokongan kaum India adalah sebanyak 54 peratus.

Namun sokongan kaum Cina kepada PKR berada pada tahap yang tinggi, iaitu 78 peratus.

Golongan lelaki pula dilihat sebagai penyokong kuatan Pakatan dengan 58 peratus manakala wanita (69 peratus) menyokong BN.

Apa yang lebih menarik ialah kajian menunjukkan 37 peratus wanita Melayu masih belum membuat keputusan sejak semalam berbanding wanita India dan Cina yang kebanyakkan mereka telah membuat keputusan.

Turut mencuri tumpuan ialah kajian mendapati 57 peratus golongan muda iaitu responden yang berusia antara 21 hingga 30 tahun menyokong pembangkang manakala 58 peratus daripada golongan mereka yang berumur 31 hingga 40 juga menyokong calon PKR.

Manakala golongan tua dan warga emas seperti mereka berumur yang 40 hingga 59 serta golongan berumur 60 ke atas adalah penyokong kuat BN.

Peranan media baru

Kajian Zentrum juga menunjukkan 72 peratus penduduk kawasan bandar bergantung pada media baru. Manakala kajian juga menunjukkan media baru berjaya menembus 42 peratus ke kawasan pendalaman.

Beberapa faktor mempengaruhi corak mengundi setelah tempoh berakhir kempen hampir tamat iaitu:

• pengaruh dan kehadiran pemimpin berpengaruh,
• pengaruh media baru dan tradisional,
• pengaruh atmosfera demokrasi seperti ugutan kepada kakitangan awam, masyarakat dan keluarga serta,
• pengaruh budaya dalam isu agama.

Kajian juga menunjukkan faktor yang akan menentukan kemenangan seseorang calon bergantung pada faktor pengundi yang akan keluar mengundi. Ia mengambil kira faktor umur dan jantina mereka.

Sementara itu, semakan dengan Zentrum Future Studies Malaysia, mendapati Pakatan terus mendahului BN apabila mereka tiba di penghujung kempen.

Berikut statistik yang diberikan.

10:00 pagi – BN 47.6% PR 52.4%

11:00 pagi – BN 49.4% PR 50.6%

12:00 tengah hari – BN 50.2% PR 49.8%

1:00 petang- BN 49.3% PR 50.7%

2:00 petang – BN 47.2% PR 52.8%

[+/-] Read More...

Monday, April 05, 2010

Dyesebel episode akhir di Malaysia 2



Hari ini pada pukul 12.00 malam... ulangan setiap isnin -rabu 12.30 malam ASTRO Prima akan menayangkan episode terakhir Dyesebel. Apa yang teruja sangat bukan kerana pelakon nya yang lawa bab model tetapi jalan ceritanya yang banyak berkait sampai kan boleh dalam satu rumah. Bab kata Mam Guada Fredo adalah segala kunci apa kuncinya itu.......

Kunci nya adalah Pertemuan dramatik antara Dyesebel hinggalah berlakunya satu emosi yang tiada pada manusia iaitu Cinta Pertama dan selama nya. itu adalah satu terapan emosi yang telah hapus mungkin mitos berlaku pada manusia arinie. Manusia rinie banyaknya hipokrit dan materialistik untuk menjalinkan satu hubungan jenis.

Niezom amat kagus terapan dan daya fikiran Marvelos kerana dari situ maka terbongkar satu -satu kait semasa waktu muda terutama Lucia. Lucia Juga seorang ratu dimana cinta nya telah menjadi satu trauma hingga disitu sudut psikologi memainkan peranan, kerana emosi dan cinta seseorang manusia boleh hilang ingatan, itu ada dalam sudut hipnosis pakar jiwa.

Dari sudut gaya kehidupan elit manusia dari Sir Juan membawa dirinya kepada kepentingan diri, kerana baru dia sedari bahawa dia adalah suatu pemberian kepada insan sitimewa kepada semua keluarga kerabat Serenea.

Banyak nizam nak ceritakan tentang ini, tetapi kajian skrip nie amat menyentuh hati dan menguji kepintaran akal bagi seseoarang yang bernama manusia. Tahniah Mars Revelo tahniah pelakon Dyesebel.

[+/-] Read More...

Saturday, April 03, 2010

Ulama VS umara 2



Harusani pada suatu ketika daulu memenag suka dan diminati oleh semua lapisan semua pihak baik diperingkat negeri mahupun peringkat negarawan, malah peringkat nusabtara beliau mempunyai pandangan yang begitu disenangi dan dihormati, akan tetapi di akhir-akhir ini ulama di Perak nie telah menjadi sebuatan yang tidak menyenangi. Apakah beliau yang begitu ampun dengan soal selidik bahagian feqah tergamak mencampak diri beliau yang begitu disennagi oleh UMNO, malah cara beliau begitu tidak disenangi oleh pihak pakatan, Harus diingat ini agenda agama, politik agama, dalam agama ada politiknya.. jangan ada nanti tidak sempat untuk membawa amanah



ULAMA TIADA KUASA VS ULAMA ADA KUASA
Oleh : MOHAMED HANIPA MAIDIN


ULAMA TIADA KUASA VS ULAMA ADA KUASA
Oleh : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Antara isu yang sering dimainkan media ke atas gerakan Islam seperti PAS adalah dakwaan kononnya Pas anti hiburan. Mesej yang cuba dibawa dari dakwaan tidak berasas ini - amat berbahaya untuk memberi kepada gerakan Islam seperti Pas . Memberi sokongan kepada Pas ertinya menyokong supaya industri hiburan ditutup. Tiada konsert, tiada filem, tiada nyanyian. Begitulah fitnah yang sering dimainkan oleh musuh gerakan Islam.

Tidak dinafikan jika yang dimaksudkan hiburan itu adalah satu bentuk keseronokan yang bebas sepenuhnya dari sebarang sekatan dan kawalan maka Pas mengaku bahawa ia memang menentang hiburan sebegitu. Jika yang dimaksudkan dengan hiburan misalnya adalah nyanyian atau lakonan yang melibatkan pergaulan bebas lelaki dan wanita yang tidak terkawal , pakaian yang menjolok mata, senikata dan skrip yang tidak membina keperibadian manusia sepertimana yang ditonjolkan oleh Hollywood atau Bolywood dan ditiru oleh industri hiburan tanahair maka hiburan yang seperti itu akan pasti ditentang oleh Pas meskipun seluruh alam membenci Pas.

Bagi Pas hasrat manusia untuk berhibur adalah satu fitrah manusia. Memandangkan ianya satu fitrah maka adalah mustahil untuk Pas melarang perkara tersebut. Sebaliknya hiburan itu patut disuburkan bagi membantu manusia lari dari masalah dan kerunsingan yang mereka hadapi. Bukankah itu matlamat hiburan ?

[+/-] Read More...